Sewaktu
saya masih bertugas sebagai Juruaudit di Jabatan
Pembangunan Koperasi pada
tahun 1990an, kebetulan pada waktu itu kami ketiadaan pemandu kenderaan jabatan
kerana pemandunya cedera parah kerana kemalangan..
Boss saya
pada waktu itu adalah En. Patrick. Walaupun dia ini kadangkala bersikap panas
baran tetapi kalau kita pandai mengambil hatinya, dia akan bersikap prihatin
terhadap kakitangannya.
Pada masa
itu saya ada tugasan di Tambunan untuk mengaudit koperasi-koperasi di
sana. Memandangkan tiada pemandu waktu
itu maka dia pun membenarkan saya menggunakan kenderaan jabatan. “Yang penting kau berhati-hati dan jaga
keselamatan. Kalau ada apa-apa berlaku
itu tanggung-jawab kau sendiri” katanya mengingatkan saya.
Saya
berencana untuk bermalam satu malam di Rest House Tambunan kerana ada beberapa
buah koperasi yang saya akan audit.
Sesampai saja saya di Pekan Tambunan maka sayapun terus pergi booking untuk
bermalam satu malam di Rest House.
Kakitangan di sana sudah begitu kenal dengan saya dan senanglah saya
berurusan dengan mereka.
Selepas
meletakkan beg pakaian saya dan peralatan lain di dalam bilik rest house
sayapun pergi mengaudit koperasi-koperasi yang telah di temu janji. Saya makan tengahari di kedai Pekan Tambunan
dan kembali lagi pergi mengaudit koperasi sampailah selesai. Kira=kira jam 4.00 petang barulah saya balik
ke Rest House.
Selepas
berbaring-baring di katil lebih kurang 40 minit, sayapun berjalan-jalan
diperkarangan rest house yang mempunyai beberapa pondok dan bangku yang telah
tersedia untuk pelawat. Lebih kurang jam 6.00 petang barulah saya masuk ke
bilik untuk mandi. Selepas saya mandi
saya terus ke lobi rest house untuk makan.
Selepas berbual-bual dengan beberapa kakitangan saya kembali ke bilik
rest house untuk meneruskan kerja-kerja audit saya. Kira-kira jam 10.00 malam saya rasa
mengantuk dan terus berbaring di katil dan terus tertidur.
Saya
biasanya kalau tidur akan mematikan semua lampu kerana tidak dapat tidur kalau
ada lampu yang terpasang. Lebih kurang setengah jam saya tertidur sayapun
terbangun kerana saya merasakan ada satu lembaga hitam yang masuk ke dalam
bilik saya menerusi jendela kaca yang tetutup rapat. Kemudian lembaga tersebut
datang menghampiri saya dan terus mencekek saya. Saya cuba berteriak tetapi tidak
dapat. Saya meronta-ronta melepaskan diri dan akhirnya saya terbangun. Saya
terus pergi mamasang lampu, dan saya masih sempat melihat lembaga hitam
tersebut keluar menembusi jendela kaca tersebut.
Dengan perasaan
seram dan gementar saya terus berdoa untuk meminta perlindungan Tuhan. Dan sayapun kembali tertidur dalam keadaan
lampu terpasang. Tetapi perkara tersebut berulang kembali sebanyak 3 kali. Dan setiap kali itu berlaku saya akan berdoa, Selepas 3 kali barulah lembaga itu tidak
datang lagi.
Yang
menghairankan setiap kali lembaga itu datang, ia akan masuk menembusi jendela
kaca dalam keadaan lampu terang benderang.
Dan saya dapat jelas melihatnya, tidak tahulah saya pada masa itu dalam
keadaan sedar ataupun dalam keadaan tidur.
Selepas menceritakan
kejadian tersebut kepada beberapa orang kawan.. rupa-rupanya bilik itu ramai
yang tidak mahu menginap kerana terkenal dengan kerasnya. Ada satu peristiwa di mana seorang yang
menginap di bilik itu keluar pada waktu tengah malam dan berpindah bilik kerana
dia melihat sesuatu yang menyerupai gadis cantik dalam bilik itu.
inilah pengalaman
yang menyeramkan saya di Rest House Tambunan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan