Sabtu, 17 Jun 2017

MIMPI YANG ANEH TAPI MENARIK

Beberapa bulan yang lalu saya telah mendapat mimpi yang aneh tapi menarik.  Di dalam mimpi itu tiba-tiba saya berada di satu tempat yang mempunyai kawasan yang luas dan lapang.  Di tempat itu ada sebatang sungai yang kecil mengalir.  Air sungai itu sungguh jernih dan ada bebatuan kecil dan besar terdapat di dalamnya.

Di kawasan lapangnya pula di tumbuhi oleh rerumputan yang menghijau dan juga pohon-pohon kayu yang rendang.  Ditepian sungai pula ditumbuhi oleh bunga-bunga yang indah dengan kuntum-kuntumya yang beraneka warna.  Ada yang merah, putih, hijau ungu dan sebagainya.

Dari kejauhan saya boleh melihat lembu-lembu yang sedang makan rumput di temani oleh gembala. Dan terdapat juga beberapa ekor rusa dan kijang sedang makan rumput di lereng bukit yang berdekatan.

Seolah-olah saya seorang diri berjalan di sepanjang jalan menyusuri sungai tersebut di mana telah tersedia sebatang jalan sebagai laluan kepada mereka yang ingin bersiar-siar di sepanjang sungai.
sementara saya berjalan, tidak disedari saya telah melalui satu tempatdi mana jalan itu telah ditutupi oleh pohon-pohon rendang yang tidak juga terlalu tinggi.

Apabila saya sampai di kawasan yang tertutup itu, tiba-tiba saya melihat beberapa ekor burung yang cantik dan berwarna-warni sedang menyanyi.. dan suara mereka merdu seperti  suara manusia..  Sayapun agak terkejut dan terus berjalan laju meninggalkan tempat tersebut.

Tetapi alangkah terkejutnya saya kerana burung-burung tersebut telah menjelma menjadi beberapa orang gadis yang cantik dan rupawan dan saya tidak kenali.  Dalam fikiran saya mereka adalah seperti pari-pari atau bidadari yang menjelma. di dunia manusia.

Salah seorang gadis tersebut datang mendekati saya dan ingin memeluk saya tetapi saya mengelakkan diri dan berlari dari sana kerana saya merasa bimbang tentang apa kah yang berlaku seterusnya.  Dan akhirnya saya terbangun.. rupa-rupanya  itu hanya mimpi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan