Khamis, 11 Januari 2018

SATU CERITA ANEH TENTANG ROH-ROH YANG TIDAK KELIHATAN

Saya mempunyai seorang kawan yang berasal dari Kota Belud Sabah.  Pada masa beliau menceritakan kesah ini, dia masih bertugas di Keningau sebagai seorang Pegawai di sebuah jabatan kerajaan.

Di antara cerita-cerita yang pernah di ceritakannya adalah mengenai dengan kesah-kesah manusia bergaul dengan roh-roh jahat.  Ada seorang yang bernama Asik yang terkenal di Kota Belud kerana telah berkawan dengan roh-roh jahat sejak dari kecil lagi. Tetapi orang tua ini sudahpun lama meninggal dunia.

Semasa dia masih hidup, pernah berlaku satu kali waktu itu beliau sedang sakit dan sedang berbaring di rumah kerana berehat.  Dengan tidak semena-mena datang lah kawannya ini dengan membawa telur ayam.  Roh ini mengatakan kepada mendiang Asik yang dia ingin meminjam dapurnya kerana ingin memasak telur. Mendiang hanya mengangguk kepalannya tanda setuju. Tetapi apa yang sangat menghairankannya adalah sewaktu mereka sedang memasak mereka menggunakan api lain yang berwarna biru. Kenapa saya mengatakan mereka kerana rupa-rupanya ada beberapa lagi roh yang muncul kemudian. Selepas mereka makan mereka pun menghilangkan diri meninggalkan mendiang Asik terpinga-pinga.

Satu lagi cerita yang menarik  adalah seperti berikut.  Ada seorang kawannya yang ada tanah sawah berdekatan dengan sebuah bukit yang masih belum di buka dan hutan belukar masih memenuhinya. Terdapat juga beberapa pohon kayu yang besar tumbuh di sana.

Kawannya ini telah menanam padi dan telah menjaga sawah padi nya dengan teliti sampailah padinya membesar.  Keluasan padinya adalah lebih kurang dua ekar. 
Apabila padinya mulai berbuah dia pun merasa gembira kerana titik peluhnya tidak sia-sia.  Sehinggalah tiba padinya sudah masak menguning dan bersedia untuk di tuai.  Si kawan ini telah merancang bersama dengan keluarganya untuk menuai padinya pada keesokan hari.   

Dia telahpun mebeli keperluan menuai seperti sabit, karung, tikar padi dan juga kemah plastik untuk penyimpanan sementara padinya.

Tapi alangkah terperanjatnya dia bersama dengan keluarganya apabila mereka sampai ke sawah padi mereka, sawah padi mereka telah di tuai habis tanpa meninggalkan sebutir padi pun. Mereka merasa sangat sedih dan hairan, takkanlah manusia yang menuai padi mereka. Dan lagi pun manusia tidak boleh menyiapkan kerja-kerja menuai dalam masa satu malam sahaja. Setelah memeriksa jejak tapak kaki, mereka tidak menemukan apa-apa, seolah-olah satu kuasa ghaib yang bertanggun-jawab di atas perkara tersebut.

Dengan perasaan sedih bercampur hairan mereka sekeluarga dan beberapa orang kawan termasuk yang menceritakan kesah ini pergi meronda bukit yang bersebelahan dengan sawah padi tersebut.

Alangkah terkejutnya mereka kerana bukit itu bersih daripada daun-daun kayu dan sampah-sarap dan ada kawasan lapang yang bersih di mana orang-orang boleh berehat atau berjalan-jalan.  Yang menghairankan adalah tiada tanda-tanda kehadiran manusia dan tiada bekas-bekas padi yang telah di tuai itu.

Dengan penemuan ini mereka percaya kawasan bukit itu adalah kediaman makhluk-makhluk halus dan roh-roh jahat dan merekalah yang bertanggung-jawab tentang padi yang yang telah di tuai habis itu.  Mereka merasa seram dan ada diantara mereka yang bulu romanya berdiri sehingga mereka memutuskan untuk meningalkan tempat tersebut.

Demikianlah satu kesah yang diceritakan oleh kawan saya ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan