Kinabalu adalah sebuah
gunung yang terletak di Sabah Malaysia.
Dengan ketinggian melebehi 4000 meter dari paras laut, ia merupakan
gunung yang tertinggi di Borneo.
Gunung Kinabalu
merupakan sebuah gunung yang sangat terkenal di seluruh dunia, di mana ramai
orang dari segala pelosok dunia telah datang untuk mendakinya. Kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu yang berlaku pada 5 Jun 2015 dengan kekuatan
6 skala richter yang telah mengorbankan 18 nyawa dan 10 kecederaan tidak
menghalang orang-ramai daripada terus datang dan mendaki Gunung Kinabalu.
Saya sendiri telah
mendaki Gunung Kinabalu sebanyak dua kali iaitu pada tahun 1979 dan 1984. Waktu itu bayaran untuk mendaki masih sangat
murah berbanding dengan masa sekarang ini.
Gunung Kinabalu adalah
sebuah gunung yang indah dan terdiri dari batu granit dan bukan gunung
berapi. Di kawasan kemuncaknya cuaca
adalah sangat sejuk pada waktu malam dan boleh mencapai 0 Darjah Celsius.
Kawasan flora dan faunanya masih lagi asli mengkagumkan bagi mereka yang
pencinta alam.
Sewaktu saya pertama
kali mendaki Gunung Kinabalu, kami tidak
berapa bernasib baik kerana kami di basahi oleh hujan yang turun, iaitu selepas
power station sehinggalah tiba di perhentian Panar Laban. Sewaktu kami naik kemuncak pada waktu subuh
air masih mengalir dari atas gunung turun ke bawah. Dan ada di antara kami yang minum air
tersebut kerana ianya cukup bersih.
Pada kali kedua saya
mendaki Gunung Kinabalu, waktu itu cuaca adalah baik. Memang pemandangan dari atas adalah sungguh
indah sekali. Dengan cuaca yang segar
kita boleh melihat tempat yang jauh seperti kawasan Ranau, Tambunan dan
Keningau.
Gunung Kinabalu sejak
dahulu lagi merupakan tempat keramat bagi orang-orang Dusun di Sabah. Mereka percaya apabila orang-orang Dusun
meninggal dunia, roh-roh mereka akan mendaki Gunung Kinabalu dan bersemadi di
kemuncaknya.
Dalam istilah
orang-orang dusun, “Nakapanau nodi rusod dau minongoi pongolu id timpak
Kinabalu”
Dalam bahasa malaysia
bererti. “ Rohnya sudah pergi bersemadi di kemuncak Kinabalu”
Menurut dari kaca mata
“bobolian” walaupun kemuncak gunung
Kinabalu itu kelihatannya terbuka dan jelas tetapi dalam pandangan dunia roh,
tempat itu merupakan satu tempat yang istemewa, sama seperti kayangan di mana
segala roh orang-orang yang telah mati tinggal di sana. Kepercayaan itu masih
di pegang oleh sebahagian orang-orang Dusun yang berpegang kuat kepada
kepercayaan lama.
Ibu saya yang berasal
daripada daerah Ranau pernah menyusur kaki Gunung Kinabalu sewaktu dia masih
muda. Dia mengatakan bahawa sebelum roh
itu naik ke Gunung Kinabalu, mereka terlebih dahulu akan mencakar batu di satu
tempat “khas” sebagai satu tanda bahawa ada orang yang baru meninggal
dunia. Dan ibu saya sendiripun melihat
sendiri tempat di mana roh mencakar batu
tersebut. Ada bekas cakaran yang masih
baru dan ada pula cakaran yang sudah lama.
Maksudnya, ada yang baru
meninggal dunia dan ada yang sudah lama.
Kononnya ada seorang
yang melalui tempat tersebut dan dia mrngatakan kepada kawan-kawannya, “Bagus
saya mencakar sedia dulu, nanti tidak susah lagi lain kali” dan diapun mencakar batu itu dengan kuku
jarinya. Dan apa yang memeranjatkan
adalah beberapa hari kemudian orang tersebut jatuh sakit lalu meninggal dunia.
Demikianlah sedikit
info tentang Gunung Kinabalu. Iaitu gunung keramat bagi orang-orang Dusun.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan