Pada hujung tahun 1980 an, masa itu
saya baru saja beberapa tahun bekerja di Jabatan Pembangunan Koperasi yang
berpejabat di Keningau. Waktu itu ada
koperasi yang ditubuhkan khas untuk peneroka-peneroka tanah di Tiulon Sook yang
jaraknya lebih kurang 40 kilometer daripada Bandar Keningau.
Sewaktu itu
jalanraya sepanjang Keningau Sook belum di aspal lagi. Namun jalannya agak baik juga kerana jalanraya di tabur dengan batu kelikir. Cuma berhabuk kalau di jalan raya terutama
kalau musim kemarau.
Waktu itu
kami ada outstation di Tiulon Sook kerana melawat koperasi. Peqawai dan kawan lelaki saya yang seorang
akan menyelia koperasi sementara saya akan menjalankan audit.
Apabila kami
sampai di sana, kakitangan koperasi menunjukkan kepada kami sebuah rumah yang
kelihatan masih sangat baik , cuma kosong kerana ada sudah beberapa kakitangan
yang sudah dipindahkan ke tempat lain. Ada tiga buah bilik di rumah tersebut
dan masing-masing ada tilam dan katil yang masih di katakan baru dan selesa.
Saya sengaja
memilih bilik yang satu dan jauh sedikit daripada dua bilik yang lain kerana
boss saya itu suka merokok dan saya tidak suka terhidu bau asap rokok. Rumah penginapan itu cukup dengan kelengkapan
tapi cuma kekurangan air. Nasib baiklah
tangki yang di sediakan untuk menampung air hujan itu masih penuh dengan air
kerana baru saja hujan lebat turun. Jadi
senanglah kami mandi. Kami makan di
kantin yang masih ada waktu itu.
Selepas
selesai kerja dan makan petang kamipun balik ke tempat penginapan. Selepas mandi
dan menukar pakaian kami bercerita-cerita sampai lah kami mengantuk kerana
tiada alat hiburan seperti radio dan tv d sana.
Lampu letrik pun sampai jam 10 malam saja sudah diberhentikan kerana menjimatkan
minyak untuk generator.
Selepas saja
jam 10.00 malam keadaan adalah gelap-gulita dan kami ada juga memasang lampu
lilin yang di letakkan di ruang utama. Tetapi oleh kerana sudah mengantuk maka
kamipun pergi ke katil masing-masing untuk tidur.
Sebaik saja
saya membering diri di tilam maka sayapun tertidur dengan nyenyak. Entah berapa
lama saya tertidur, tiba-tiba di dalam mimpi saya itu saya merasakan ada
beberapa orang gadis cantik yang memakai pakaian berwarna-warni menemani kami di dalam rumah itu. Dalam mimpi saya itu, mula-mula saya
merasakan macam biasa saja dan gembira pula kerana ada gadis-gadis cantik yang
menemani kami.
Kemudian apabila
saya masuk ke dalam bilik, ada seorang gadis yang sangat mesra dengan saya dan
turut saya ke dalam bilik untuk tidur bersama-sama. Mula-mula saya rasa suka tetapi bila gadis
itu tidur di sebelah saya, tiba-tiba timbul rasa seram dan takut saya, walaupun
dalam mimpi. Gadis itu cuba memeluk saya
tetapi saya mengelak dan berteriak lalu saya terbangun.
Apabila saya
terbangun keadaan gelap gulita dan perasaan saya masih seram. Kemudian saya
bangun dan mengambil lampu suluh lalu mencari sebatang lilin kemudian
menyalakannya dekat dengan tempat tidur saya.
Sebelum saya tidur balik saya pun berdoa dahulu meminta perlindungan
Tuhan daripada gangguan segala roh-roh
jahat.
Walaupun
saya sudah berdoa, gadis itu masih cuba mengganggu saya dalam mimpi. Sehinggalah saya bangun tiga kali dan tiga
kali juga saya berdoa barulah tiada gangguan dan saya tertidur nyenyak sampai
ke pagi.
Keesokan
harinya kawan saya bertanya, ada apa-apakah yang ganjil, tetapi saya tidak
memberitahu apa-apa. Tetapi kawan saya
memberitahu, “Entah apa boss semalam bangun dan dia menyuluh saya dengan lampu
suluh” katanya. Sayapun mengatakan ”Mungkin
dia ada nampak sesuatu yang menyeramkan, itulah sebabnya dia bangun “
Sampai di
pejabat barulah saya menceritakan pengalaman saya kepada kawan saya itu.
Inilah
pengalaman yang saya tidak lupakan di Tiulon Sook.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan