Ahad, 18 Jun 2017

PETUA MENYEDIAKAN REBUNG YANG SEDAP DAN TAHAN LAMA


Ramai dia antara kita tentu gemar memakan sayur rebung kerana keenakannya dan mudah untuk menyediakannya.   Rebung di ambil daripada berbagai jenis buluh dan bambu.

Yang biasa di ambil adalah daripada rebung jenis bambu yang berbagai jenis dan juga buluh yang besar batang pokoknya.

Biasanya rebung di ambil sewaktu masih muda supaya isinya lembut dan kalau sudah agak tua isinya adalah keras sedikit..  Apabila kita sudah mengambil rebung, kita akan menghirisnya dengan pisau.  Kita harus menghirisnya dengan potongan-potongan besar agar lebih tahan lama.

Selepas itu kita rebus hirisan rebung tersebut di kuali sehingga mendidih selama lebih kurang setengah jam.  Kemudian kita toskannya dan rendam di dalam air yang sejuk.  Apabila sejuk kita perah rebung tersebut sehingga semua rasa pahitnya hilang.  Kalau tidak di perah racun cyanide masih ada dan kalau termakannya adalah tidak baik untuk kesihatan kita.

Selepas rasa pahitnya hilang barulah kita masaknya mengikut resepi dan cara kita masing-masing. Untuk membuatnya tahan lama kita masukkan rebung tersebut ke dalam bekas, biasanya tajau dan kita masukkan air cucian beras bersamanya.  Selepas itu kita tutup rapat-rapat mulut tajau tersebut supaya rebung itu tidak rosak.  Air rebusan beras tersebut akan menyebabkan rebung itu bertukar menjadi sedikit masam apabila telah di peram selama seminggau atau lebih.  Rasa masam akan membuat rebung lebih enak rasanya dan boleh dibuat  sayur dengan mencampurkan daging, ayam, sadin, ikan masin atau apa saja yang kita suka. Rebung yang disimpan dalam tajau boleh tahan berminggu-minggu bahkan sampai berbulan-bulan.  Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan