Isnin, 19 Jun 2017

DI PENARA INI

Di penara ini
Sungai mengalir lesu
Pokok-pokok mensiang
Tumbuh di tepiannya

Airnya mengalir melalui
Pepasiran  lumpur dan selut
Batang dan ranting kayu mati
Sana-sini lopak bertakung
Di penuhi ikan dan kehidupan air

Di dalam mensiang
Jerumun rubah dan musang
Tersembunyi dari pandangan mata
Menghendap mangsa yang lalai
Di mana berkeliaran ular dan biawak
Dan buaya yang licik

Dari kejauhan penara ini
Semakin lenyap
Oleh datangnya
Redup cuaca dan hujan lebat
Dan kegelapanpun menjelma
Senja melabuhkan tirainya


Tiada ulasan:

Catat Ulasan