Segala-gala apa yang di dalam dunia ini
termasuklah wang, emas, perak, mutiara, ternakan, hutan, minyak,
besi, tembaga dan sebagainya adalah
kepunyaan Allah sendiri.
”Tuhanlah yang empunya bumi serta segala
isinya, dan dunia serta yang diam di dalamnya. “ Mazmur 24:1
“Sebab punya-Kulah segala binatang hutan, dan
beribu-ribu hewan di gunung”
Mazmur 50:10
“Kepunyaan-Kulah perak dan kepunyaan-Kulah emas,
demikianlah firman TUHAN semesta alam.” Hagai
2:9
“Tetapi haruslah engkau ingat kepada TUHAN,
Allahmu, sebab Dialah yang memberikan kepadamu kekuatan untuk memperoleh
kekayaan, dengan maksud meneguhkan perjanjian yang diikrarkan-Nya dengan sumpah
kepada nenek moyangmu, seperti sekarang ini.”
Ulangan 8:18
“Bolehkah manusia menipu Allah? Namun kamu
menipu Aku. Tetapi kamu berkata: "Dengan cara bagaimanakah kami menipu
Engkau?" Mengenai persembahan persepuluhan dan persembahan khusus! Kamu
telah kena kutuk, tetapi kamu masih menipu Aku, ya kamu seluruh bangsa! Bawalah
seluruh persembahan persepuluhan itu ke dalam rumah perbendaharaan, supaya ada
persediaan makanan di rumah-Ku dan ujilah Aku, firman TUHAN semesta alam, apakah
Aku tidak membukakan bagimu tingkap-tingkap langit dan mencurahkan berkat
kepadamu sampai berkelimpahan. Aku akan menghardik bagimu belalang
pelahap, supaya jangan dihabisinya hasil tanahmu dan supaya jangan pohon anggur
di padang tidak berbuah bagimu, firman TUHAN semesta alam.”
Maleakhi 3:8-11
Persoalannya adakah kita sudah mengembalikan
persepuluhan
dengan setia?
Bagaimanakah kita menentukan perspuluhan?
Persepuluhan adalah 10 peratus daripada
pendapatan kita iaitu kasar.
Katakan gaji kita adalah RM10,000.00 jadi
persepuluhan
kita adalah RM1,000.00. Jadi wang baki RM9,000.00 itulah
yang kita gunakan untuk segala keperluan hidup
kita.
Mungkin ada yang mengatakan RM1,000 itu jumlah
besar
tapi jangan kita lupa sama ada sedikit atau
banyak itu adalah
kepunyaan TUHAN dan bukan kepunyaan kita.
Dan bagaimana pula kalau kita tidak
mengembalikan persepuluhan?
Itu bererti kita menipu Allah kerana
persepuluhan itu adalah
hakNya. Cuba kita lihat dalam Maleakhi 3:8,9
”Bolehkah manusia menipu Allah? Namun kamu menipu
Aku. Tetapi kamu berkata: "Dengan cara bagaimanakah kami menipu
Engkau?" Mengenai persembahan persepuluhan dan persembahan khusus!”
Pengalaman Sendiri:
Pada tahun lalu di Kg. Toboh Baru ini musim menanam padi telah diawalkan seperti di Tambunan.
Tetapi memandangkan tidak sama mannyemai maka banyak lah padi yang cepat berbuah. Jadi apa lagi burung pipit pun menyerang padi
yang baru berbuah.
Kamipun terpaksalah menjaga padi dari di makan oleh pipit pagi dan
petang. Kami suami isteri
bergilir-gilir.
Pada petang Jumaat jam 5.30 petang
kamipun pulang ke rumah untuk persediaan Hari Sabat. Tetapi sebelum pulang saya akan berdoa ” Tuhan, sekarang kami akan pulang ke rumah untuk persediaan SabatMu yang suci. Biarlah Engkau menjaga padi ini pada esok hari supaya burung-burung
tidak akan memakannya. Saya
berjanji juga untuk mengembalikan persepuluhan untuk padi ini”
Pada sepanjang hari Sabat kami tidak akan pergi ke sawah padi kerana menyucikannya dan pergi berbakti di
gereja.Tetapi pada hari Ahad kami pergi ke sawah padi dan padi-padi Itu tidak juga di makan oleh burung pipit. Ada orang di sebelah kami yang mengatakan, ”Hairan betul kelmarin kamu tiada di sini tetapi bila pipit-pipit itu terbang mereka melintasi saja padi kamu dan
pergi ke tempat lain. Mungkin ada jimat barangkali yang kamu pakai sehingga
pipit-pipt itu tidak makan padi kamu.” Saya hanya tersenyum saja, tetapi di dalam
hati saya bersyukur dan katakan TUHAN yang jaga padi kami. Dan apabila kami menuai padi
hasilnya tidak juga jauh beza dengan tahun sebelumnya. Dan saya
tunaikan janji saya dan kembalikan persepuluhan padi
itu.
KESIMPULANNYA:
Oleh yang demikian cubalah lakukan perkara ini dalam kehidupan kita niscaya kita akan mendapat kebahagiaan dan damai sejahtera yang sejati dalam kehidupan kita.
Marilah kita sucikan hari Sabat seperti mana yang terdapat dalam
Hukum keempat dalam sepuluh hukum.
Cubalah selepas kita gaji pada
hujung bulan ini kita asingkan 10 % untuk TUHAN dan 90% untuk kita. Memanglah kalau kita kembalikan persepuluhan
wang kita habis juga tetapi kita
akan di berkati dengan berkat berlimpah-limpah. Tetapi kalau kita tidak kembalikan
persepuluhan, seberapa banyakpun
wang kita ia akan habis juga. Dan
yang tidak baik kita tidak akan
mendapat sebarang berkat kerana kita menipu
Allah dan masalah kita akan bertimbun-timbun.
Yesus mengatakan di dalam Matius
6:33 “Carilah dulu Kerajaan Allah dan kebenarannya maka semuanya
itu akan ditambahkan kepadamu”
“Berbahagialah yang murah hatinya karena mereka akan beroleh kemurahan” Matius 5:7
“Muliakanlah TUHAN dengan hartamu dan dengan
hasil pertama dari segala penghasilanmu, maka
lumbung-lumbungmu akan diisi penuh sampai melimpah-limpah, dan bejana
pemerahanmu akan meluap dengan air buah anggurnya.”
Amsal 3:9-10
Tiada ulasan:
Catat Ulasan