Kebanyakan kita di
sini tahu apa itu kelip-kelip ataupun kunang-kunang . ataupun dalam Bahasa
Inggeris fireflies.
Kelip-kelip itu
sebenarnya adalah sejenis serangga yang
boleh mengeluarkan cahaya dari badannya pada pawktu malam. Pada waktu siang ia tidak aktif tetapi pada
waktu malam mereka sangat aktif berterbangan samada dalam kumpulan besar atau
kumpulan kecil.
Kalau kita berjalan di
hutan ataupun belukar yang tebal pada waktu malam yang gelap dan tiada hujan,
kita akan melihat mereka dengan jelas dan merupakan suatu pemandangan yang
sangat indah. Tetapi kalau kita berjalan keseorangan
perasan indah dan cantik itu akan berubah menjadi seram.
Ada beberapa orang
yang saya dengar mengatakan bahawa kelip-kelip yang kita nampak itu ada dua
jenis, yang satu adalah yang sebenar dan yang satu adalah jadian. Oleh yang demikian kalau kita nampak
kelip-kelip di sekitar kita pada waktu malam janganlah kita celupar mulut. Pernah satu ketika ada seorang yang celupar
apabila dia ternampak sekumpulan kelip-kelip.
Tanpa disedari dia telah tersesat jalan dan keesokan harinya barulah dia
dapat pulang.
Pernah satu ketika
saya tidur keseorangan di rumah kerana isteri saya pergi menjaga cucu yang baru
di lahirkan di Kota Kinabalu. Memang kebiasaannya kalau saya tidur, saya kan
matikan lampu kerana saya tidak boleh tidur kalau lampu terpasang. Sesudah mengunci pintu rumah dan memasang
lampu di luar sayapun pergi ke bilik untuk tidur. Yang menghairankan saya adalah apabila saya
masuk ke bilik yang dalam keadaan gelap saya melihat sepasang kelip-kelip yang
mengeluarkan cahaya yang menarik sedang terbang mengelilingi bilik saya . Perasaan
saya waktu itu macam biasa saja dan romantik pula.
Selepas itu sayapun
tertidur, dan tiba-tiba dalam tidur saya
itu saya melihat seorang gadis cantik yang berpakaian indah dan rapi sedang
tidur di sebelah saya. Perasaan saya
biasa saja dan suka pula dan seolah-olah dia adalah seorang bidadariyang
rupawan. Selepas itu saya terbangun
untuk buang air kecil dan timbul pula perasaan seram saya. Saya rasakan bulu roma
saya berdiri. Kemudian saya memasang
lampu dan berdoa. Dan seperti biasa
gangguan itu berulang sampailah saya berdoa tiga kali barulah ia hilang dalam
mimpi saya.
Selepas itu saya tidak
lagi mengalami kejadian seumpama itu kerana saya jarang sudah melihat
kelip-kelip. Bagi saudara dan saudari
yang melihat kelip-kelip di waktu malam berhati-hatilah dan janganlah bermulut celupar
kerana ia mungkin kelip-kelip jadian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan