Oh betapa
indahnya kalau aku dapat hidup didunia yang aman damai dan di penuhi dengan
kasih sayang dan belas kasihan.
Betapa baiknya
kalau dapat berjalan-jalan di mana-mana saja tanpa ada pencemaran alam di mana
udara segar dapat di hirup dengan nyaman dan tanpa penyakit.
Betapa bahagianya
kalau manusia dapat berjalan-jalan di lorong-lorong dengan selamat tanpa
gangguan penjenayah, perompak, penagih dadah dan pengganas.
Betapa eloknya
dapat bersiar-siar keseluruh dunia tanpa batas dan sempadan yang mengkongkong
manusia.
Betapa bagusnya
kalau manusia tidak di kenal dengan jantina, suku bangsa, agama dan keturunan.
Tanpa mengira kedudukan pangkat, darjat , pendidikan dan status ekonomi.
Betapa damainya
kalau manusia tidak membunuh dan melakukan keganasan atas nama Tuhan dan
agama.
Betapa bersyukurnya
kalau manusia sejagat dapat menghulurkan tangan sebagai tanda persaudaraan
sedunia agar seluruh alam dalam keadaan harmoni dan damai sejahtera.
Namun
semuanya itu hanyalah sebuah impian kerana keserakahan manusia yang tak
mengenal kasih sayang dan belas kasihan sesama. Apa yang manusia inginkan
adalah kepentingan diri sendiri dan memuaskan hawa nafsu yang jahat
semata-mata.
Sampai bilakah dunia akan
bertahan dengan sikap manusia yang tamak haloba dan memntingkan diri sendiri ini
?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan