Pada masa tahun 1960an seperti yang
saya ceritakan pada blog-blog saya yang lalu.. keadaan infrastruktur di kawasaan Keningau ini adalah
masih dalam keadaan mundur. Jalan raya
memang sudah ada tetapi semuanya masih jalan tanah merah atau batu kerikil. Demikian juga di antara kampung kami dengan
Bingkor. Walaupun jaraknya tidak berapa
jauh tetapi jalan masih kurang baik.
Waktu itu ada seorang pak cik di
kampung kami yang terkenal kerana kaki botol.
Beliau ini sebenarnya adalah seorang yang rajin bertani dan juga giat
mencari tanah untuk di pohon kerana penduduk belum ramai di Keningau. Di mana-mana saja ada kawasan yang kosong
maka di sanalah dia pergi memohon tanah.
Sehinggalah pada masa ini hasil peninggalannya adalah beberapa bidang
tanah yang telah diwarisi oleh anak-anaknya.
Apa yang saya mahu ceritakan ini
adalah peristiwa seram yang di alami beliau sementara dia pergi ke Kawasan
Bingkor kerana menghadiri keramaian minum tapai di rumah seorang kawannya. Pada waktu itu dia di jemput oleh seorang
kawan rapatnya dan diapun dengan senang hati untuk menghadirinya, kerana
memangpun dia adalah seorang peminum tegar.
Waktu itu beliau masih agak muda mungkin dalam umur 30an dan badan masih
kuat.
Dia pergi ke Bingkor pada waktu
tengahari dan terus berseronok minum tapai bersama dengan rakan-rakannya sampailah
ke malam. Pak cik ini sudahpun sangat
mabuk dan diapun meminta diri untuk pulang.
Rakan-rakanya menahannya untuk pulang kerana khuatir dengan
keselamatannya. Selepas di pujuk pak cik
ini bersetuju untuk bermalam di rumah kawannya.
Tetapi menjelang jam 10.00 malam beliau bangun dari tidur dan merasa
mabuknya sudah agak hilang. Maka diapun memutuskan untuk pulang ke rumahnya di
Kg. Toboh Baru yang jaraknya lebih kurang 4 kilometer.
Maka diapun jalan menyusuri jalan
raya untuk pulang. Kebetulan waktu itu
malam bulan purnama jadi dia boleh melihat dengan jelas tempat dia
berjalan. Waktu itu kenderaan masih
sangat kurang dan tiada satupun kenderaaan yang lalu di jalan raya
tersebut. Akhirnya dia sampai di satu
tempat yang bernama Talapintas di mana di tepi jalan raya tersebut adalah
kawasan yang berpaya dan ditumbuhi oleh pokok rumbia.
Tiba-tiba beliau ternampak satu
lembaga manusia yang menyerupai seorang gadis cantik sedang berjalan tidak
berapa jauh di depannya.
Seakan-akan dia mendengar suara gadis ini ketawa. Pak cik ini tidak pula berasa takut
tetapi merasa berani kerana masih dalam keadaan separuh mabuk. Dia terus berlari untuk memeluk gadis
ini. Dia berfikir inilah peluang
keemasannya untuk memeluk seorang gadis di tempat yang sunyi. Tetapi alangkah terkejutnya dia kerana gadis
itu rupanya bukan manusia biasa tetapi seorang pontianak. Dengan gigi yang
menyeringai dan kuku yang tajam ia menyerang pak cik ini sehingga beliau jatuh
pengsan.
Nasib baiklah kawan-kawannya yang
prihatin datang menyusulnya dengan cepat sehingga dia dapat di selamatkan.
Kalau tidak pak cik ini mungkin sudah terkorban. Apabila dia tersedar barulah dia menceritakan
penglamannya. Dan apabila dia balik ke
rumah keesokan harinya dia menceritakan pengalaman pahitnya kepada keluarganya
yang sudah risau kerana semalaman tidak balik ke rumah. Mulai dari saat itu beliau tidak berani lagi
berjalan di waktu malam keseorangan. Dan beliau menasihatkan kami agar tidak
bersikap tidak senonoh kalau melihat sesuatu yang ganjil dan menghairankan di
dalam perjalanan terutama di kawasaan terpencil seperti hutan belantara samaada
siang ataupun malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan