Lebih kurang dua minggu yang lalu saya telah mendapat satu mimpi yang ganjil tapi menakutkan.
Di dalam mimpi tersebut saya telah bertemu dengan beberapa orang kawan sekelas semasa saya bersekolah di sekolah menengah. Kawan saya itu terdiri daripada beberapa orang lelaki dan perempuan.
Ada seorang kawan perempuan itu datang menghampiri saya dengan mesra sambil merapatkan diri dengan saya. "Hai John sudah lama tak jumpa... saya sudah rindu dengan kamu" katanya. Sayapun rasa gembira juga kerana gadis tersbut sangat mesra dan berwajah cantik. Dan dia pun bertanya lagi,"Bagaimana kau sekarang?' "Ya.. baik-baik saja.. tapi sekarang saya sudah berkahwin" saya menjawab.
Kawan saya itu hanya ketawa.. dan semakin rapat dan terus memeluk saya. "Saya minta maaf saya mahu pulang sudah. nanti isteri saya marah pula" Saya memberi alasan untuk pergi. Tetapi perempuan itu mengatakan, "Tidak apa lah.. saya pun mahu ikut kau.. saya ingin jumpa isteri kau" kawan perempuan saya itu mendesak. "Tolong jangan ikut.. nanti isteri saya marah." saya melarangnya, tetapi dia berdegil mengikuti saya. Anehnya hanya sekejap saja saya berjalan saya sudah sampai dekat rumah saya. Saya pun cepat-cepat masuk ke rumah tetapi perempuan itu dan beberapa orang kawannya yang lain ingin masuk juga.
Saya pun merasa seram dan saya terus mengambil segenggam paku zinc dan terus menaburkannya ke jalan yang menuju ke rumah saya. Tujuannya supaya mereka tidak boleh masuk ke rumah saya. Tetapi mereka juga menaburkan paku zinc tetapi tidak sampai.ke sasaran.
Seketika itu juga sayapun terbangun dari tidur. Suasana gelap gulita.. dan isteri saya berbaring disebelah, tapi saya merasa seram. Dan saya di ganggu dengan mimpi buruk sebanyak tiga kali.. tetapi saya juga berdoa sebanyak tiga kali barulah mimpi buruk saya itu hilang.
Setelah bangun pada waktu pagi hari.. saya telah mendapat berita bahawa seorang perempuan tua tidak jauh dari rumah saya telah meninggal dunia. Dan perempuan tua itu sememangnya sangat rapat dengan kami.. kerana kami sama-sama mengusahakan sawah padi di tempat yang bersebelahan. Rupa-rupanya itulah erti mimpi tersebut.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan