Saya
mempunyai seorang kawan yang berasal dari Kota Belud Sabah. Pada masa beliau menceritakan kesah ini, dia
masih bertugas di Keningau sebagai seorang Pegawai di sebuah jabatan kerajaan.
Di
antara cerita-cerita yang pernah di ceritakannya adalah mengenai dengan kesah-kesah
manusia bergaul dengan roh-roh jahat.
Ada seorang yang bernama Asik yang terkenal di Kota Belud kerana telah
berkawan dengan roh-roh jahat sejak dari kecil lagi. Tetapi orang tua ini
sudahpun lama meninggal dunia.
Semasa
dia masih hidup, pernah berlaku satu kali waktu itu beliau sedang sakit dan
sedang berbaring di rumah kerana berehat.
Dengan tidak semena-mena datang lah kawannya ini dengan membawa telur
ayam. Roh ini mengatakan kepada mendiang
Asik yang dia ingin meminjam dapurnya kerana ingin memasak telur. Mendiang
hanya mengangguk kepalannya tanda setuju. Tetapi apa yang sangat
menghairankannya adalah sewaktu mereka sedang memasak mereka menggunakan api lain
yang berwarna biru. Kenapa saya mengatakan mereka kerana rupa-rupanya ada
beberapa lagi roh yang muncul kemudian. Selepas mereka makan mereka pun
menghilangkan diri meninggalkan mendiang Asik terpinga-pinga.
Satu
lagi cerita yang menarik adalah seperti
berikut. Ada seorang kawannya yang ada
tanah sawah berdekatan dengan sebuah bukit yang masih belum di buka dan hutan
belukar masih memenuhinya. Terdapat juga beberapa pohon kayu yang besar tumbuh
di sana.
Kawannya
ini telah menanam padi dan telah menjaga sawah padi nya dengan teliti sampailah
padinya membesar. Keluasan padinya
adalah lebih kurang dua ekar.
Apabila
padinya mulai berbuah dia pun merasa gembira kerana titik peluhnya tidak
sia-sia. Sehinggalah tiba padinya sudah masak
menguning dan bersedia untuk di tuai. Si
kawan ini telah merancang bersama dengan keluarganya untuk menuai padinya pada
keesokan hari.
Dia
telahpun mebeli keperluan menuai seperti sabit, karung, tikar padi dan juga
kemah plastik untuk penyimpanan sementara padinya.
Tapi
alangkah terperanjatnya dia bersama dengan keluarganya apabila mereka sampai ke
sawah padi mereka, sawah padi mereka telah di tuai habis tanpa meninggalkan
sebutir padi pun. Mereka merasa sangat sedih dan hairan, takkanlah manusia yang
menuai padi mereka. Dan lagi pun manusia tidak boleh menyiapkan kerja-kerja
menuai dalam masa satu malam sahaja. Setelah memeriksa jejak tapak kaki, mereka
tidak menemukan apa-apa, seolah-olah satu kuasa ghaib yang bertanggun-jawab di
atas perkara tersebut.
Dengan
perasaan sedih bercampur hairan mereka sekeluarga dan beberapa orang kawan
termasuk yang menceritakan kesah ini pergi meronda bukit yang bersebelahan dengan
sawah padi tersebut.
Alangkah
terkejutnya mereka kerana bukit itu bersih daripada daun-daun kayu dan sampah-sarap
dan ada kawasan lapang yang bersih di mana orang-orang boleh berehat atau
berjalan-jalan. Yang menghairankan
adalah tiada tanda-tanda kehadiran manusia dan tiada bekas-bekas padi yang
telah di tuai itu.
Dengan
penemuan ini mereka percaya kawasan bukit itu adalah kediaman makhluk-makhluk
halus dan roh-roh jahat dan merekalah yang bertanggung-jawab tentang padi yang
yang telah di tuai habis itu. Mereka merasa
seram dan ada diantara mereka yang bulu romanya berdiri sehingga mereka memutuskan
untuk meningalkan tempat tersebut.