Kali ini saya akan
menceritakan satu pengalaman misteri saya bertemu dengan roh orang yang masih
hidup.
Pada satu hari saya
ada temu janji di KLINIK PERGIGIAN KENINGAU yang terletak di Hospital Lama
Keningau. Selalunya kalau saya pergi ke
hospital saya akan bertemu dengan beberapa orang yang saya kenal samaada
saudara-mara, kerabat jauh maupun kenalan.
Pada hari itu selepas
saya menerima rawatan gigi di klinik pergigian tersebut sayapun keluar dari
bangunan klinik pergigian dan menuju ke tempat letak kereta saya di luar
kawasaan klinik tersebut. Disepanjang jalan menuju ke hospital lama tersebut
ada ramai orang sedang berniaga dengan berbagai barangan tetapi hampir semuanya
adalah barang-barang makanan. Ada yang menjual makanan ringan seperti kueh dan
mi serta minuman dan juga sayur-sayuran dan buah-buahan. Dia antara mereka
termasuklah mendiang kakak sulung saya.
Tiba-tiba tidak berapa
jauh di seberang jalan saya melihat seorang lelaki yang saya kenali sedang
berjalan tergesa-gesa menuju ke dalam bangunan bekas hospital tersebut. Orang yang saya nampak itu boleh saya katakan
ipar kerana dia telah berkahwin dengan sepupu pertama saya. Jarak di antara saya dengan beliau adalah
lebih kurang 12 kaki sahaja.
Saya ingin menegur
beliau ke mana dia hendak pergi tetapi tidak sempat kerana dia berjalan sangat
cepat lagi pun dia tidak menolh ke kiri dan ke kanan. Saya hanya sempat melihat
dia berjalan melewati saya dan menghilang dari kejauhan. Saya nampak dia menuju ke arah tempat rawatan
pesakit luar di hospital lama. Tapi sebenarnya
hospital lama itu tidak berfungsi lagi kerana sudah berpindah ke tempat yang
baru dekat dengan SMK Keningau II lebih kurang 4 kilometer dari situ. Dalam fikiran saya apalah tujuannya pergi ke
sana sedangkan hospital lama itu tidak berfungsi lagi. Selepas itu sayapun balik ke rumah.
Sesampai di rumah saya
menceritakan pengalaman saya itu kepada isteri saya. Tetapi isteri saya mengatakan bahawa ipar
saya itu sedang terlantar di hospital baru selama 3 hari dalam keadaan sakit tenat.
“Bagaimana pula dia boleh berjalan kalau dia sedang sakit” isteri saya
berkata. Tetapi saya rasa tidak silap
dalam penglihatan saya.
Beberapa hari kemudian
saya telah mendengar berita sedih iaitu ipar saya yang berada di hospital itu
telah meninggal dunia. Sayangnya saya tidak dapat menghadiri pengkebumiannya
kerana rumahnya agak jauh. Lagipun saya juga masih belum berapa sihat kerana
sedang dalam rawatan athiritis.
Oleh itu saya
mengambil kesimpulan di sini bahawa orang yang masih hidup memang ada roh. Kita boleh buat satu contoh apabila kita
sedang tidur pada waktu malam kita akan mendapat mimpi yang beranika
ragam. Ada yang indah, ada pula yang
menyeramkan dan menakutkan. Itulah
sebabnya sebelum kita tidur, kita minta perlindungan dari Tuhan agar kita di
jauhi daripada segala gangguan-gangguan yang jahat terutama sekali dari
kuasa-kuasa kegelapan. Biasanya roh
seseorang itu akan jelas kelihatan apabila dia sedang sakit tenat dan tiada
harapan lagi untuk sembuh.